Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis

August 8, 2022 · Isu semasa

Polis menafikan dakwaan berlaku kejadian pergaduhan antara kaum di Sungai Petani, Kedah seperti yang tular menerusi Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan perkara itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kejadian seperti yang tular berlaku di Sungai Petani. Orang ramai diminta menghentikan serta-merta penyebaran perkara yang tidak benar kerana ia boleh mengguris sentimen masyarakat.

“”Kita harap orang ramai menghentikan serta-merta menyebarkan perkara tidak benar sehingga boleh mengguris sentimen masyarakat. Kita juga memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Zaidy berkata kes berkenaan juga disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di talian 04-4299 222 sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.

Baru-baru ini, tular berita di media sosial dan melalui kiriman mesej mendakwa berlaku pergaduhan teruk antara dua kaum, membabitkan kumpulan kongsi gelap, puak pelampau serta anggota polis sehingga perintah darurat terpaksa dikeluarkan.

Difahamkan, penyebaran berita palsu terbabit tercetus rentetan kejadian seorang pengawal keselamatan dilibas pedang oleh seorang lelaki di sebuah tapak projek perumahan di Bukit Banyan, Khamis lalu.

Berita berkaitan
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
21 jam lalu· Isu semasa
Disiasat polis, MB Kedah sedia dokumen 1 beg
June 7, 2023· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
June 7, 2023· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
22 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok