‘Tiada maaf, tipu sijil vaksinasi bahayakan nyawa orang lain’

January 13, 2022 · Isu semasa

Penipuan membabitkan sijil vaksinasi itu adalah perkara yang tidak boleh dimaafkan kerana ia akan memudarat serta mendedahkan orang ramai kepada pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta pihak berkuasa terus menjalankan siasatan terperinci bagi membanteras kegiatan sindiket penipuan sijil vaksinasi Covid-19.

“Bagi saya, kita tidak akan kompromi penipuan sijil vaksinasi Covid-19… ia adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan saya gembira bila pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap individu tertentu.

“Namun siasatan mesti diteruskan kerana ketamakan mereka untuk mendapatkan keuntungan dan ambil kesempatan dalam musibah yang melanda dunia perlu ditangani dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi di sini hari ini.

Memetik Bernama Hishammuddin juga berkata tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu itu boleh menyebabkan kes Covid-19 di negara ini meningkat.

“Mereka akan menjejaskan orang yang tidak berdosa… kita tahu sekarang ada varian yang lebih berbahaya iaitu Omicron dan kita tidak mahu kes Covid-19 kembali meningkat,” katanya.

Sabtu lalu, polis Terengganu menahan seorang doktor bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berhubung pemalsuan sijil vaksinasi Covid-19.

Beberapa rakan doktor berkenaan turut ditahan kerana menjadi ejen untuk mencari individu yang memerlukan sijil vaksinasi dengan dikenakan bayaran tertentu.

Manakala, sepasang suami isteri yang juga penjawat awam sebuah jabatan kerajaan di Melaka turut ditahan kerana menggunakan sijil vaksinasi digital Covid-19 disyaki palsu menerusi aplikasi MySejahtera, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata selain pasangan berusia 38 dan 33 tahun itu, pihaknya turut menahan rakan sekerja lelaki mereka berusia 58 tahun yang disyaki orang tengah bagi menguruskan penjualan dan proses muat turun sijil tersebut.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok