Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’

March 25, 2023 · Isu semasa

Kehadiran planet Zuhrah (Venus) yang menyentuh titik hujung tanduk bulan sabit dan sempat dirakam orang ramai selepas Maghrib semalam (24 Mac 2023) tular di media sosial.

Gambar-gambar di media sosial telah disebarkan, dengan ramai yang terpegun melihat pemandangan itu.

“Selepas matahari terbenam, lihat ke barat. Anak bulan akan melintas di hadapan Zuhrah.

“Seluruh Malaysia boleh melihat planet masuk dari belakang bulan tetapi tidak semua lokasi di Malaysia akan dapat melihat planet keluar semula,” menurut kumpulan astronomi, Dark Sky Malaysia, di laman Facebook mereka.

Gambar fenomena itu yang dirakam oleh pengguna media sosial turut dikongsi di ruangan komen mereka, dengan banyak menyiarkan gambar dari pelbagai negeri.

Ahli Parlimen Perikatan Nasional Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan turut berkesempatan merakam fenomena itu dan menyiarkannya dalam Facebook beliau semalam.

“Subhanallah, kedudukan bulan dan planet Kejora (planet Venus) malam ini sangat cantik dan indah.

“Gambar dirakam jam 8 malam, 3 Ramadan 1444H di Masjid Jamek Kampung Banggol,” tulis Wan Saiful.

Menurut Agensi Angkasa Lepas Malaysia (MYSA), Zuhrah adalah salah satu planet yang paling menarik untuk dicerap kerana peredarannya mengelilingi matahari menyebabkan ia kelihatan mengalami fasa-fasa seperti bulan.

Planet Zuhrah boleh menjadi objek yang tercerah di langit selepas matahari dan bulan ketika ia berada paling hampir dengan bumi semasa beredar di dalam orbitnya.
.
Planet Zuhrah (Venus) merupakan planet kedua terdekat dengan matahari selepas Utarid (Mercury) dan juga planet yang paling dekat dengan bumi. Jarak purata Zuhrah dengan matahari adalah 108.2 juta kilometer.

Zuhrah juga dikenali sebagai “bintang kejora”; “bintang timur” atau “bintang barat” oleh masyarakat Melayu kerana Zuhrah hanya dapat dilihat seketika sebelum matahari terbit (bintang timur) atau selepas matahari terbenam (bintang barat). Kedudukan Zuhrah yang berdekatan dengan matahari menyebabkan pergerakannya di langit juga sentiasa seiring dengan pergerakan matahari.

Zuhrah dianggap “kembar” kepada bumi kerana saiz dan strukturnya yang hampir sama. Zuhrah berputar sangat perlahan pada paksinya, iaitu satu hari di Zuhrah mengambil masa selama 243 hari bumi.

Planet ini mengorbit matahari lebih laju berbanding bumi, iaitu satu tahun di Zuhrah hanya mengambil masa kira-kira 225 hari di bumi. Ia juga terkenal sebagai planet ‘rumah hijau’ kerana mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosferanya yang dapat memerangkap haba dengan sangat baik dan menyebabkan Zuhrah menjadi sebuah planet yang paling panas dalam sistem suria.

Keistimewaan Zuhrah ialah putaran di atas paksinya adalah dari timur ke barat, berbeza dengan bumi dan planet-planet lain yang berputar dari barat ke timur. Hal ini bermakna, di Zuhrah, matahari akan terbit dari arah barat dan terbenam di arah timur.

Berita berkaitan
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023· Dunia
MP Amanah juga senada dengan desakan PN, pertimbang keluar KWSP
February 25, 2023· Isu semasa
Pengenalan cukai vape antara tumpuan dalam pembentangan Bajet 2023
February 22, 2023· Isu semasa
Cabaran ekonomi 2023: Bantu wanita tingkatkan taraf hidup
February 14, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
6 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
9 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
14 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok