Tangguh pemberian dos penggalak, KKM perlu lihat realiti: Mufti Perlis

January 19, 2022 · Isu semasa

Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) agar menangguhkan terlebih dahulu pemberian dos penggalak Covid-19 kerana mempunyai risiko tinggi kepada kesihatan seseorang individu.

Mufti Perlis itu berkata KKM perlu menyediakan garis panduan dan kajian yang jelas berhubung kumpulan yang sepatutnya diberikan dos ketiga tersebut, mereka perlu melihat realiti yang sedang dihadapi penerima vaksin apabila terdapat kesan sampingan yang teruk.

“Saya ingin mencadangkan agar KKM menangguhkan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan dengan jelas siapa yang tidak wajar mengambil dos ketiga ini kerana dibimbangkan kesan yang serius.

“Saya tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang sudah mengurangkan risiko COVID-19, tapi saya bercakap apa yang sedang dialami oleh ramai pada dos yang ketiga ini.

“Penafian atau ‘state of denial’ tidak berfaedah jika masyarakat melihat realiti sebenar di hadapan mata mereka dan biarlah ada panduan jelas siapa yang layak dan siapa tidak layak ambil dos ketiga ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Asri, sudah banyak aduan mengenai kesan yang serius selepas pengambilan dos ketiga vaksin Covid-19.

“Jika dinilai, ia bukan kisah dongeng tapi memang ramai yang mengalami atau melihat sahabat atau ahli keluarga alami dan tidak guna untuk menafikan.

“Memang benar, majoriti yang ambil tiada masalah malah saya dah ambil dos ketiga pun tiada masalah. Ibu saya pun ambil, tiada masalah. Alhamdulillah,” katanya.

Beliau berkata, namun begitu, ramai juga yang datang berjumpa dengannya menceritakan kesan yang mereka alami.

“Ada mendakwa kematian berlaku mengejut selepas dos ketiga itu diambil dan oleh kerana mereka ini adalah orang kampung, mereka tiada saluran aduan rasmi untuk diajukan.

“Walaupun secara perbandingan peratus mereka yang mendapat mudarat lebih kecil dibandingkan yang sihat, namun, setiap keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, wujud kebimbangan pada orang ramai termasuk Asri sendiri selepas bapanya dimasukkan ke hospital sejak lebih seminggu lalu, selepas keadaan kesihatan bapanya itu dilihat semakin teruk selepas mendapat dos penggalak vaksin Covid-19.

Asri mendakwa bapanya muntah dan menjadi sangat lemah selepas menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 yang ketiga.

Malah, seorang doktor menyatakan kepadanya bahawa bapanya sekali lagi diserang angin ahmar di bahagian sensitif kepalanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok