Tak tambat RM langkah pragmatik

May 15, 2022 · Isu semasa

Langkah Bank Negara Malaysia untuk tidak menambat ringgit walaupun mata wang Malaysia pada masa ini lemah merupakan langkah optimis dan pragmatik berdasarkan sistem perbankan yang mempunyai permodalan yang baik.

Ringgit lemah tidak semestinya sesuatu yang tidak baik berikutan mata wang yang lemah mengikut teori akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan menggalakkan eksport, lapor Bernama.

Ringgit ditutup pada minggu ini pada Jumaat lepas pada 4.3980/3995 berbanding dolar AS daripada 4.3935/3945 pada Khamis. Pada awal bulan ini, ia jatuh kepada 4.36, paras terendah sejak dua tahun lepas.

Prognosisnya adalah lebih baik membenarkan ringgit kekal terapung berdasarkan permintaan dan penawaran pasaran dengan beberapa kawalan, seperti yang dilakukan Malaysia.

Menambat mata wang tidak dapat dilakukan kecuali dengan kawalan modal.

Jika kadar pertukaran adalah tetap tetapi mata wang mengalir dengan bebas, negara tidak dapat mengekalkan rizab asing yang mencukupi untuk mengekalkan kestabilan ekonomi. Ia boleh menjadi bankrap.

Sebaliknya, semasa krisis kewangan Asia 1997-1998, ringgit mendapat serangan spekulatif dan jatuh kepada 5.20 berbanding dolar AS.

Kerajaan wajar mengenakan kawalan modal dan menambat ringgit pada RM3.80 berbanding dolar.

Bagaimanapun, senario semasa adalah berbeza berikutan sistem perbankan mempunyai permodalan yang baik dan amat cair dengan kualiti aset yang kukuh, serta ringgit tidak menerima serangan spekulatif.

Jika kawalan modal untuk menghentikan aliran keluar mata wang asing dikenakan, ia akan menjejaskan keyakinan pelabur asing dan semua dana asing akan menarik diri, sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan berikutan ekonomi mula pulih.

Ini akan menjejaskan status pasaran saham dan sentimen dalam kalangan pelabur asing, yang akan mengetepikan negara jika ia mengenakan kawalan modal.

Terdapat hubungan antara kadar faedah dan pertukaran asing.

Kawalan modal diperlukan untuk sebarang kadar pertukaran tetap; jika tidak negara akan bankrap seperti Sri Lanka berikutan kekurangan rizab mata wang asing untuk membayar import.

Selepas mata wang ditambat, kadar faedah akan menjadi satu-satunya instrumen untuk negara perlu menyesuaikan dengan pengurusan mata wang asing.

Hong Kong telah mempunyai sistem mata wang tetap selama bertahun-tahun, dan ia menghadapi banyak masalah.

Selain itu, di Malaysia, pelarasan kadar faedah untuk mengawal pertukaran asing akan bertentangan dengan keupayaan bank pusat untuk melaraskan kadar faedah untuk mengawal kos pembiayaan dan deposit.

Mana-mana ekonomi terbuka mungkin tidak boleh mempunyai mata wang tetap melainkan ia didorong oleh kuasa pasaran, berikutan spekulator akan membuat taruhan terhadap tambatan.

Menambat mata wang sentiasa dikaitkan dengan negara yang menghadapi krisis kewangan apabila mereka tidak dapat memenuhi obligasi kewangan mereka.

Oleh itu, negara akan memilih untuk melanggar obligasi mereka dengan membenarkan hanya pembayaran pertukaran tertentu dilakukan, mewujudkan kadar pertukaran rasmi rekaan dan pasaran mata wang asing alternatif di luar negara.

Langkah itu juga boleh menggalakkan penyorokan dan penyeludupan yang boleh menjejaskan kematangan kewangan dan reputasi ekonomi.

Malaysia masih menarik pelaburan langsung asing dengan perniagaan yang meningkat selepas sekatan pergerakan ditarik balik akibat pandemik Covid-19 yang melanda.

Berdasarkan senario sedemikian apabila mata wang tempatan terjejas oleh faktor luaran, bank pusat dan kerajaan adalah wajar untuk tidak menambat ringgit.

11 Mei lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar pendekatan sama diperkenalkanya semasa krisis kewangan Asia sekitar 1998 lalu digunakan semula, susulan kejatuhan mata wang negara yang semakin teruk kebelakangan ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata kerajaan perlu menetapkan sekali lagi nilai ringgit RM3.80 kepada 1 dolar Amerika (USD), langkah sama yang diperkenalkan dan berjaya mengelakkan negara terjebak dalam krisis kewangan yang lebih parah ketika itu.

“Apabila kita tetapkan nilai ringgit pada RM3.80 satu dollar AS dan kita jamin bekalan dolar AS kepada sesiapa yang sanggup membayar RM3.80 untuk satu dollar AS, maka nilai ringgit tidak lagi akan turun naik.

“Peniaga mata wang pun tidak dapat turunkan nilai ringgit dengan menjual ringgit dengan banyaknya untuk jatuhkan nilainya,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok