Tahap jangkitan Covid kekal tinggi

February 19, 2022 · Isu semasa

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di semua negeri dan Wilayah Persekutuan kekal melebihi nilai 1.00 iaitu tahap di mana menurut pakar kesihatan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.

Untuk rekod, nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kadar kebolehjangkitan Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah pada nilai Rt 1.24.

Berdasarkan statistik dikongsi beliau, Labuan masih mencatat kadar kebolehjangkitan yang tinggi iaitu 1.86, walaupun tahap itu turun sedikit daripada 1.99 semalam.

Bagi negeri dan Wilayah Persekutuan lain, Sarawak berada pada nilai Rt 1.52, diikuti Sabah (1.44); Perlis (1.39); Pulau Pinang (1.38); dan masing-masing 1.36 bagi Negeri Sembilan serta Terengganu.

Kelantan pula mencatat kadar kebolehjangkitan pada nilai 1.34; Pahang (1.31); Selangor (1.30); Johor (1.26); Kuala Lumpur (1.25); masing-masing 1.22 di Putrajaya serta Perak; dan Melaka (1.19).

Semalam, jumlah jangkitan baharu Covid-19 melonjak semula – kedua tertinggi sejak wabak itu melanda negara awal 2020 lalu, setelah merekodkan 27,831 pada Rabu lalu.

Menurut statistik laman sesawang Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi, dalam tempoh 24 jam semalam sebanyak 27,808 jangkitan baharu dilaporkan, meningkat 1,107 kes berbanding 26,701 yang dicatat pada Khamis.

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak awal 2020 lalu hingga semalam sebanyak 3,166,023, kes dengan 2,900,682 pesakit telah sembuh, 32,276 kematian, dan 233,065 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 219,696 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 5,476 pesakit ditempatkan di PKRC; 7,658 dimasukkan ke hospital; dan 235 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 132 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok