Syarikat arak minta tempoh seminggu bincang tukar nama ‘Timah’

October 28, 2021 · Isu semasa

Syarikat pengeluar arak jenama ‘Timah’, Winepark Corpration (M) Sdn Bhd meminta tempoh seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah sebelum menukar nama serta imej pada label produk mereka yang menjadi kontroversi itu.

Kerajaan sudah mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat itu yang diketuai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Sri Alexander Nanta Linggi yang turut dihadiri beberapa Menteri lain yang berkaitan, antaranya Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Wakil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga turut hadir.

“Melalui perbincangan yang telah diadakan, syarikat Winepark Corporation (M) Sdn. Bhd. telah memohon tempoh satu minggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah mereka bagi menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka,” kata Nanta Linggi dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, pertemuan dengan syarikat arak tersebut berlangsung dengan baik dan harmoni bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda.

“Pertemuan secara hybrid ini diadakan dalam suasana harmoni menghayati konsep Keluarga Malaysia bagi mencapai satu kesepakatan demi kebaikan negara.

“Pertemuan ini juga merupakan susulan pertemuan pertama yang telah diadakan antara syarikat Winepak (M) Sdn. Bhd. bersama MyIPO pada 25 Oktober 2021,” ujarnya lagi.

Isu jenama arak tersebut tular dalam media sosial dan menjadi kontroversi kerana tidak sensitif dengan umat Islam di Malaysia.

Syarikat pengeluar arak tersebut menjelaskan jenama Timah itu merujuk kepada bijih timah yang banyak di negara ini suatu ketika dulu.

Ia dilancarkan secara rasmi pada 7 Okt lalu oleh Pengarah Winepak Corp, Gilbert Yeo dan Kenny Yeo.

Berita berkaitan
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023· Politik
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023· Isu semasa
Parti politik main isu judi, arak sebar Islamofobia di Malaysia: Hadi Awang
January 23, 2023· Politik
ADUN DAP kaitkan arak dengan solat biadab, tapi UMNO takut tegur
January 11, 2023· Politik
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok