Suspek lawan arus di lebuh raya SUKE sudah diambil keterangan

June 20, 2023 · Isu semasa

Polis selesai mengambil keterangan suspek yang menunggang motosikal melawan arus di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) semalam, yang menyebabkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kejadian 14 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata polis juga selesai mengambil keterangan saksi iaitu operator kamera litar tertutup (CCTV) SUKE dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) juga pada semalam, lapor Bernama.

Beliau berkata keadaan suspek ketika ini dilaporkan stabil dan masih lagi dirawat.

“Selain itu, kedua-dua kenderaan terlibat telah dihantar untuk pemeriksaan PUSPAKOM dan Jabatan Kimia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, kertas siasatan kes terbabit akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor dalam tempoh terdekat setelah selesai siasatan.

Dalam kejadian tengah hari 14 Jun, mangsa Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, meninggal dunia selepas terjatuh dari jejambat Lebuhraya SUKE dengan ketinggian 30 meter akibat mengelak daripada melanggar sebuah motosikal yang melawan arus.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kematian.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
9 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
9 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok