Suntikan vaksin remaja 12-17 tahun secara walk-in bermula Khamis

September 21, 2021 · Isu semasa

Remaja berusia 12 hingga 17 tahun boleh mula mendapatkan vaksin secara walk-in berjadual bermula Khamis ini dengan mengunjungi 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan Integrasi di seluruh negara.

Pengumuman tersebut dibuat Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali yang berkata, agihan vaksin itu mengikut lokasi sekolah berhampiran dengan PPV yang dikenal pasti dan pemberian vaksin akan dilaksanakan mengikut giliran serta tarikh dan masa yang ditetapkan.

“Jadual pemberian vaksin pula akan dikeluarkan pihak sekolah masing-masing kepada remaja dan ibu bapa.

“Bagi remaja yang telah mendapat tarikh vaksinasi di PPV Sekolah, kumpulan pelajar ini perlu mengekalkan janji temu sedia ada di PPV sekolah yang ditetapkan dan tidak dibenarkan walk-in ke PPV Awam atau Integrasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) itu juga berkata, bagi remaja yang tidak bersekolah pula, mereka dibenarkan untuk walk-in di mana-mana 156 PPV yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.

Kata beliau, sekiranya kuota vaksin di PPV tersebut habis untuk hari berkenaan, mereka akan diberi janji temu di PPV sama keesokan hari atau di klinik kesihatan swasta berdekatan.

Menurutnya, pendekatan walk-in berjadual ini dibuat bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin kepada remaja di seluruh negara.

“Remaja yang menuntut di IPTA/IPTS yang berumur di bawah 18 tahun dibenarkan walk-in ke semua PPV yang masih beroperasi pada ketika ini dengan menunjukkan pengenalan diri sebagai pelajar IPTA/IPTS,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ibu bapa atau penjaga perlu hadir bersama untuk menandatangani borang kebenaran vaksinasi anak masing-masing.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan secara rasmi semalam dan menyasarkan 3.2 juta golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Sehingga semalam, sebanyak 5,964 buah sekolah telah berdaftar dengan portal Vaksin-Anak-Ku.

Katanya, seramai 308,186 remaja telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 dengan Sabah merekodkan bilangan tertinggi iaitu 118,141 orang diikuti Sarawak (88,473); Kedah (19,453); Kelantan (17,413); Johor (16,019) dan Labuan seramai 2,523.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok