Suntikan dos penggalak populasi dewasa sudah lebih 10.9 juta

January 25, 2022 · Isu semasa

Seramai 10,906,259 individu atau 46.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNOW, sebanyak 22,917,313 individu atau 97.9 peratus populasi dewasa telah melengkapkan dos vaksin Covid-19 mereka, manakala 23,195,017 individu atau 99.1 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, lapor Bernama.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,782,131 individu atau 88.4 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,864,738 individu atau 91.0 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Statistik harian menunjukkan sebanyak 202,296 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 1,820 dos pertama, 2,711 dos lengkap dan 197,765 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 62,461,606 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, 10 kes kematian direkodkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi sebanyak tiga kes, diikuti Sabah (dua) manakala Johor, Kedah, Kelantan, Melaka dan Pahang masing-masing satu kes.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok