Staf PKRC MAEPS disoal siasat kes wartawan ceroboh, bukan sebab mogok

July 29, 2021 · Isu semasa

Polis Selangor menafikan rakaman percakapan 14 petugas kesihatan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Isnin lalu, ada kaitan dengan mogok doktor kontrak.

Sebaliknya, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed keterangan kakitangan terbabit diambil bagi membantu siasatan kes pencerobohan PKRC MAEPS oleh enam wartawan tempatan dari pelbagai agensi berita pada hari sama.

“Tiada doktor di Selangor disiasat kerana menghadiri himpunan itu. Kita hanya merakam percakapan petugas kesihatan berhubung insiden pencerobohan PKRC MAEPS Serdang, Isnin lalu.

“Siasatan awal mendapati seramai enam wartawan didapati memasuki pusat kuarantin itu tanpa kebenaran dan kita bertindak selepas Pengarah PKRC MAEPS membuat laporan polis, jam 4 petang, semalam,” katanya pada sidang media secara sidang video, hari ini.

Kenyataan beliau sekali gus menjawab isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen pembangkang pada Sidang Khas Dewan Rakyat semalam yang mendakwa doktor di PKRC MAEPS disoal siasat kerana menyertai mogok.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim-Bandar Bharu) mendakwa doktor di PKRC MAEPS disoal siasat hingga jam 4 pagi dan peguam pula tidak dibenarkan masuk.

Mengulas lanjut Arjunaidi berkata, 12 petugas kesihatan itu dirakam percakapan sepanjang waktu mereka bertugas secara bergilir-gilir antara 12 tengah malam hingga 3 pagi.

“Petugas kesihatan ini bertugas 8 malam sampai 3 pagi. Kalau kita rakam selepas dia bertugas sudah tentu dia letih. Kita ambil waktu bertugas secara bergilir dengan kebenaran pihak MAEPS,” katanya.

Beliau juga berkata polis telah mengenal pasti wartawan terbabit dalam pencerobohan itu dan kesemua enam petugas media dari pelbagai agensi itu akan dipanggil untuk dirakam percakapan dalam masa terdekat.

“Kita akan panggil wartawan yang terlibat pencerobohan itu, kita juga sudah kenal pasti wartawan yang terlibat. Kita nak segerakan siasatan kita tak nak ada orang ambil kesempatan untuk memutarbelitkan isu ini,” katanya.

Arjunaidi juga enggan mendedahkan identiti enam wartawan yang memasuki secara serentak ke PKRC MAEPS, sebaliknya mahu perkara itu disiasat secepat mungkin bagi mengenal pasti pihak ketiga terlibat membawa petugas media masuk ke kawasan berisiko tinggi itu.

“Kita diberitahu pada hari itu, seramai enam wartawan telah masuk ke MAEPS yang dikhaskan kuarantin penyakit berjangkit dan ia tidak boleh dimasuki oleh sesiapa tanpa kebenaran sejak ia diwartakan sebagai PKRC pada 6 Disember 2020.

“Di situ ada tiga zon, ada zon hijau, kuning dan merah, ia jadi tempat larangan bukan boleh dimasuki sembarangan. Mengikut laporan pengarah MAEPS, wartawan ini masuk di zon kuning, iaitu kawasan kuarantin tahap tiga dan empat,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok