SPRM pula diminta siasat tiga kes besar dalam Suruhanjaya Sekuriti

January 10, 2022 · Isu semasa

Satu laporan yang di dalamnya mengandungi tiga kes berhubung salah laku dan rasuah melibatkan pengurusan tertinggi Suruhanjaya Sekuriti (SC) dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Aduan kepada SPRM itu dibuat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) petang semalam di Putrajaya, lapor Utusan.

Wakil NGO berkenaan dipetik sebagai berkata tiga kes dirujuk kepada SPRM, tetapi enggan mendedahkan bukti dakwaan itu.

Menurut laporan itu tiga kes berkenaan ialah:

1. Melibatkan anak seorang pegawai pengurusan tertinggi SC yang turut mendapat jawatan tertinggi dalam syarikat yang disiasat oleg SC di mana siasatan tersebut telah ditutup oleh SC;

2. Melibatkan konflik kepentingan Ahli Lembaga Pengarah SC membabitkan saham bernilai RM28.2 juta yang mana ahli lembaga pengarah berkenaan memiliki kepentingan di dalam syarikat yang mempunyai hubungan kerja dengan CS; dan

3. Melibatkan pegawai-pegawai tinggi SC yang menerima rasuah sebagai balasan menutup kes siasatan SC ke atas syarikat awam yang melakukan kesalahan insider trading.

Memetik laporan itu, empat anak muda mewakili rakyat Malaysia prihatin mendakwa mempunyai bukti kukuh dan tidak menafikan salah laku ini turut membabitkan ahli politik yang berjawatan penting dalam kerajaan.

Mereka mahu siasatan disegerakan oleh SPRM kerana banyak syarikat di negara ini menjadi mangsa termasuk juga awam.

“Saya mahu SPRM segera menyiasat perkara ini. Kita tidak mahu integriti dan imej SC tercalar kerana isu integriti dan jenayah rasuah seperti ini,” kata wakil anak muda itu.

Aduan itu muncul tatkala SC dikatakan menyiasat Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan memiliki saham dalam syarikat tertentu.

Azam bagaimanapun, yakin beliau tidak melakukan sebarang jenayah dalam isu pemilikan saham oleh adiknya tetapi menggunakan nama beliau.

Sebelum ini seorang Penolong Kanan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohan Munusamy memaklumkan tidak menjadi satu kesalahan jika seseorang pegawai penguat kuasa kanan memiliki saham.

Menurutnya dalam pengetahuan beliau undang-undang Malaysia juga tidak sama sekali melarang pegawai kanan menjadi pengarah mana-mana syarikat.

“Saya sedia maklum bahawa adalah tidak menjadi satu kesalahan jika seseorang pegawai penguatkuasa kanan memiliki saham atau menjadi pengarah mana-mana syarikat dan perkara ini tidak sama sekali dilarang oleh undang-undang di Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, sesetengah pihak dikatakan tidak berpuas hati terhadap pemilikan saham oleh Azam dan menjadikannya satu isu besar yang turut mendapat perhatian pembangkang.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok