SOP baharu umrah, perlindungan insurans ditetapkan kepada jemaah

January 29, 2022 · Isu semasa

Prosedur operasi standard (SOP) baharu umrah menetapkan jemaah mempunyai insurans kesihatan, bagi keperluan rawatan, pengasingan dan kuarantin bagi jangkitan Covid-19 semasa di Arab Saudi dan pulang ke Malaysia.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan SOP itu juga memastikan jemaah lengkap pelalian dan mewajibkan dos penggalak, demi keselamatan dan kesejahteraan mereka, menurut laporan Bernama.

Selain itu, syarikat pengendali umrah bertanggungjawab memaklumkan kepada jemaah mengenai tanggungjawab, tatacara, liabiliti dan arahan sepanjang perjalanan umrah jemaah.

Kementerian itu menyatakan SOP baharu perjalanan umrah itu diperhalusi bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan akan dibawa ke mesyuarat kuartet untuk kelulusan.

Kementerian itu berkata, SOP berkenaan panduan untuk mengekang penularan Covid-19 ketika jemaah mengerjakan umrah.

Katanya, proses memuktamadkan SOP baharu mengambil kira kepentingan semua pihak secara menyeluruh, termasuklah mengimbangi umrah dengan pelaksanaan prosedur protokol kesihatan dan keselamatan yang lebih rapi, demi memelihara kebajikan jemaah di Tanah Suci dan juga ketika jemaah pulang ke tanah air.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Januari lalu bersetuju untuk membenarkan semula perjalanan umrah bagi jemaah dari Malaysia bermula 8 Februari ini, selepas kerajaan menggantung sementara perjalanan menunaikan ibadah umrah dan menilai data penularan Covid-19 varian Omicron dalam kalangan jemaah yang pulang ke tanah air.

Selain daripada penilaian data KKM, penggantungan sementara pada masa ini bertujuan untuk memberi ruang kepada agensi kerajaan dan semua pihak menilai dan menambah baik SOP umrah.

Lapan sesi libat urus telah diadakan sejak Disember tahun lalu di Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dengan syarikat pengendali umrah seperti Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

Berita berkaitan
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Pempengaruh difitnah penyokong PH berhubung isu IC buat laporan polis
August 26, 2023· Isu semasa
Portal insurans Selangor yang kontroversi sedang diperkukuh ciri keselamatan, kata MBI
August 25, 2023· Isu semasa
Skandal skim insurans Selangor, menanti penjelasan Amirudin
August 24, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok