Soal keselamatan diteliti sebelum audit skandal LCS didedahkan: Wan Junaidi

August 17, 2022 · Isu semasa

Kerajaan akan meneliti aspek keselamatan sebelum memberi kebenaran untuk mendedahkan laporan audit dan laporan forensik berhubung skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Kabinet secara prinsipnya bersetuju supaya laporan penuh skandal LCS didedahkan kepada umum tetapi tidak sehingga menjejaskan aspek keselamatan negara.

“Secara prinsip Jemaah Menteri masih menekankan bahawa pendedahan itu bakal dibuat.

“Saya berpendirian, perkara sensitif soal keselamatan patutnya memang tidak boleh didedahkan. Di mana-mana demokrasi pun, sama ada di Amerika Syarikat (AS), di England, bahkan di Perancis, mereka tidak akan dedahkan benda yang sangat sensitif,” katanya dipetik laporan BH.

Wan Junaid terdahulu menghadiri Sambutan Bulan Kemerdekaan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) hari ini.

Jelasnya lagi, Kabinet juga bersetuju untuk tidak melindungi mana-mana pihak yang terbabit dalam salah laku skandal LCS tersebut.

“Bagaimanapun, tadi ada dibincangkan pada mesyuarat Kabinet. Keputusan Kabinet (berhubung siasatan berkenaan) adalah terbuka (open ended) dan Kabinet menegaskan sekali lagi bahawa kita tidak akan melindungi sesiapa pun,” katanya.

Sebelum ini Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) mendedahkan sebanyak RM6 bilion sudah dibayar bagi membiayai projek LCS, bagaimanapun tidak ada satu kapal pun yang berjaya disiapkan sehingga hari ini.

Turut dibangkitkan PAC, berhubung RM400 juta yang digunakan oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membayar hutang lama dan bukan digunakan untuk tujuan membina LCS.

Projek itu telah diluluskan pada 2011 semasa era pentadbiran Barisan Nasional-UMNO, ketika itu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika itu pula memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Zahid bagaimanapuns sebelum ini menafikan ketika projek itu diluluskan beliau adalah Menteri Pertahanan sebelum ini.

PAC dalam laporannya baru-baru ini mendedahkan projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat BNS secara rundingan terus.

Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan.

 

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok