Skandal LCS: Penerusan projek kapal tempur diputuskan Kabinet

March 27, 2023 · Isu semasa

Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang di peringkat akhir memuktamadkan cadangan penerusan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS), kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Katanya cadangan itu akan dibentangkan kepada Kabinet untuk diputuskan tidak lama lagi.

“Kami di peringkat akhir cadangan itu dan ia akan dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat.

“Perincian berkaitan (penerusan projek) akan dikongsi sebaik sahaja ia dimuktamadkan oleh Kabinet,” katanya pada sesi penggulungan kementerian bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini (27 Mac 2023).

Menurutnya setakat ini, pendirian kementerian adalah memastikan projek LCS diteruskan, terutama selepas status pencapaian kemajuannya 94.7 peratus, berbanding 82 peratus yang diluluskan Naval Group.

Isu kapal LCS mendapat perhatian susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mendedahkan tiada satu kapal pun yang berjaya disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek tersebut, yang dikurniakan kepada BNS melalui tender terbuka.

Ketika awal pendedahan laporan PAC, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang sekarang ini Menteri Ekonomi secara terbuka mengaitkan beberapa nama individu dalam skandal penyelewengan terbesar selepas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara nama dikaitkannya ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kini Timbalan Perdana Menteri); bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kini di dalam penjara); dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Ahli Parlimen Sembrong).

Ketiga-tiga individu merupakan pemimpin kanan dalam UMNO dan pernah memegang portfolio Kementerian Pertahanan.

Rafizi mendakwa ratusan juta wang dalam projek tersebut hilang dan lesap akibat penyelewengan yang berlaku.

Malah, Rafizi juga memberi amaran kepada Najib supaya tidak berpura-pura tidak tahu berhubung skandal LCS kerana waktu itu beliau merupakan Perdana Menteri ketika kerajaan menandatangani perjanjian bagi projek LCS bersama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) pada 2011 serta merupakan satu-satunya pihak yang berkuasa mempengaruhi penukaran reka bentuk kapal tersebut daripada keperluan tentera laut.

Persoalannya kini, adakah PH dan Rafizi khususnya akan meneruskan desakan supaya pesalah dalam skandal ini ke muka pengadilan atau selepas menjadi rakan baharu kepada UMNO, isu rasuah dan penyelewengan ini akan hanya diam begitu sahaja?

Isu rasuah skandal kapal tak siap bakal senyap selepas UMNO bersama PH?

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok