Skandal kapal tempur malapetaka kepada keselamatan negara: Hatta

August 10, 2022 · Isu semasa

Penemuan dan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kontrak pemerolehan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), bukan sahaja menjadi bencana kepada kewangan negara, tetapi juga malapetaka keselamatan Malaysia.

Ahli Parlimen Lumut Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata apa yang mengejutkan ialah fakta bahawa reka bentuk LCS yang dipilih telah diubah oleh Menteri Pertahanan ketika itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tanpa persetujuan TLDM.

Menurutnya perubahan reka bentuk itu juga telah dipersetujui oleh Menteri Kewangan ketika itu.

“Perubahan itu berlaku tidak sampai dua bulan selepas Zahid sendiri bersetuju secara bertulis dengan cadangan TLDM iaitu menerima reka bentuk SIGMA, sejenis kapal tempur yang telah teruji prestasinya dan memenuhi keperluan perkembangan TLDM.

“Zahid kemudian merubah memilih reka bentuk GOWIND yang dicadangkan oleh kontraktor projek iaitu Boustead Naval Shipyard (BNS).

“Perbandingan dua reka bentuk ini jelas menunjukkan kelebihan SIGMA berbanding GOWIND, termasuk kos rekabentuk SIGMA lebih rendah berbanding GOWIND,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata apa yang menarik ialah pengakuan Zahid bahawa reka bentut GOWIND turut dicadangkan sama oleh syarikat DCNS dari Perancis (sekarang dikenali sebagai French Naval Group) yang telah membekalkan kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sebelum ini.

Sehubungan itu, Mohd Hatta yang juga Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa Menteri Kewangan ketika itu memberi penjelasan atas keputusannya menyetujui perubahan reka bentuk tersebut yang dikemukakan oleh sebuah syarikat yang dikaitkan dengan perolehan kapal selam Scorpene.

“Bagi saya, di sinilah kontrak bernilai lebih RM9 bilion ini mula terdedah kepada ketirisan. Siasatan yang rapi perlu dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seperti yang disyorkan oleh PAC.

“Bahkan saya sebagai Ahli Parlimen Lumut menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyelongkar dengan jelas skandal LCS TLDM ini,” katanya.

Pada Khamis (4 Ogos lalu) Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan laporan setebal 247 muka surat berhubung LCS dan antaranya terma-terma kontrak adalah lemah dan tidak memihak kepada kerajaan apabila pembayaran projek LCS berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar.

Menurut laporan itu, pandangan TLDM selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan BNS dalam pelaksanaan projek LCS.

Untuk rekod, perolehan LCS itu telah diluluskan oleh Putrajaya pada awal 2011 ketika pemerintahan BN dan UMNO. Pada akhir 2011, kontrak RM9 bilion telah diberikan kepada BNS.

Berita berkaitan
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Kami ada bukti broker ‘Datuk Botak’ beli MP Bersatu, kata Wan Ahmad Fayhsal
November 15, 2023· Politik
SPRM lapor polis video TikTok didakwa buat fitnah
November 15, 2023· Politik
Empat anggota polis didakwa terima rasuah daripada seorang wanita
November 8, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
3 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
3 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
3 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok