Skala gred SPM palsu tular di media sosial, kata KPM

June 12, 2021 · Isu semasa

Kecoh ‘Skala Gred SPM’ palsu yang tular dalam media sosial bukan daripada Lembaga Peperiksaan, kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Penularan ‘Skala Gred SPM’ seakan memberi gambaran gred permarkahan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 serta boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan itu.

“Adalah ditegaskan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang tular tersebut adalah bukan milik Lembaga Peperiksaan, KPM.

“Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis pada jam 10.31 malam hari ini dan juga laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut,” kata KPM.

Kenyataan itu menyebut dakwaan tersebut mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam.

Kenyataan itu merujuk kepada hantaran di media sosial Facebook milik ‘MamaMia Mia’ hari ini mengenai ‘Skala Gred SPM’ dengan kapsyen “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A.” dan “#bilasekolahdipolitikkan”.

Skala gred yang kini tular itu menunjukkan jadual skala markah diturunkan, antaranya untuk Matematik Tambahan, pelajar mendapat A- meskipun memperoleh skor hanya 50, manakala Bahasa Inggeris dan Melayu, dengan skor 66, pelajar memperoleh A-.

Berita berkaitan
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Radzi jawab tuduhan Maszlee, nasihat korbankan perangai busuk hati
June 29, 2023· Politik
Data disebut PMX termasuk calon SPM mendaftar satu mata pelajaran: Hui Ying
June 15, 2023· Isu semasa
Pelajar SPM dapat 11A tular jaga ibu sakit akan diberi biasiswa: MB Kelantan
June 14, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok