Radzi jawab tuduhan Maszlee, nasihat korbankan perangai busuk hati

June 29, 2023 · Politik

Datuk Dr Radzi Jidin membidas tuduhan Dr Maszlee Malik kononnya projek pembekalan lokar ke semua sekolah menjadi salah satu projek kontroversi yang cuba disenyapkan.

Ahli Parlimen Putrajaya itu menjelaskan isu penyediaan lokar semasa eranya menjadi Menteri Pendidikan dilaksanakan sebaiknya sebelum ini dan menasihati Maszlee supaya tidak membuat fitnah.

“Brother, hari ini hari raya korban. Korbankan sikit perangai busuk hati tu, hidup memfitnah ini tiada keberkatan.

“Apa yang seharusnya dilaksanakan sewaktu di KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) telah pun saya dan pengurusan KPM ikhtiar dan laksanakan sebaiknya sebelum saya tinggalkan kementerian.

“Pelaksanaan inisiatif tersebut adalah mengikut fasa dan secara tender terbuka.

“Untuk fasa seterusnya, boleh tanya terus kepada Menteri PH-DAP-BN sekarang,” katanya dalam hantaran terbaru di akaun Facebook rasminya, hari ini

Terdahulu, Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan mendakwa, isu lokar sekolah yang dijanjikan pada 2022 tidak dibawa kepada pengetahuan media dan Parlimen.

Maszlee berkata, ia hanya akan membuka pekung Perikatan Nasional (PN) kerana projek itu di bawah kepimpinan sebelum ini.

Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam turut mempersoalkan status projek itu dan mendesak KPM memberi penjelasan kelewatan projek itu kepada rakyat.

“Apakah semua locker yang telah dibeli dan dibayar oleh kerajaan sudah dihantar ke sekolah-sekolah semua?

“Demi integriti dan tatakelola kerajaan yang baik dan bersih, KPM dapat berkongsi maklumat kepada rakyat mengenai satu lagi projek kerajaan PN di bawah Radzi Jidin yang menimbulkan kontroversi tetapi disenyapkan oleh PN,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Ini kali pertama dapat Perdana Menteri yang kita rasa malu: Ahmad Fadhli
June 21, 2023
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok