Sidang DUN Kelantan ditangguh selepas dua ADUN positif Covid

December 5, 2021 · Isu semasa

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadualkan berlangsung sehingga Selasa (7 Dis) ini ditangguhkan lebih awal berikutan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) positif Covid-19.

Speaker DUN Datuk Abdullah Ya’kub berkata keputusan menangguhkan persidangan DUN ini terpaksa dilakukan bagi mengelak berlakunya penularan Covid-19 kepada orang lain, menurut laporan Bernama.

“Sepatutnya kita tamat persidangan pada 7 Dis depan..saya mendapat maklumat, dua ADUN iaitu dari Tanjong Mas (Rohani Ibrahim) dan ADUN Tendong (Mohd Rozi Muhamad) positif Covid-19, jadi kita terpaksa menangguhkan sidang DUN Kelantan sehingga diberitahu kelak,” katanya selepas Sidang DUN Kelantan di Kota Darulnaim hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abdullah turut memaklumkan ADUN Kemuning Mohd Roseli Ismail sedang menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada anaknya yang positif Covid-19.

Sebelum menangguhkan Sidang DUN itu, Abdullah berkata Belanjawan Negeri Kelantan 2022 telah diluluskan sebulat suara, tanpa dibahaskan.

“Kita dapat tamatkan persidangan selepas lulus Belanjawan 2022 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan mengikut Perkara 29 peraturan dewan, Speaker berkuasa untuk menangguhkan dewan pada bila-bila masa,” katanya.

Belanjawan Kelantan 2022 bertemakan ‘Kelantan Maju Rakyat Sejahtera’ memperuntukkan sejumlah RM1.51 bilion sebagai perancangan berbelanja secara berhemat.

Ia melibatkan enam teras iaitu Transformasi Kewangan, Memacu Ekonomi, Pendidikan dan Agama, Kesejahteraan Rakyat, Pelindungan Sosial dan Kebajikan.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok