Seorang maut, 4 cedera kereta bawa mercun bola meletup

May 21, 2021 · Isu semasa

Seorang terbunuh, manakala empat lagi cedera selepas sebuah kereta dipercayai membawa mercun bola meletup di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh, Kota Bharu, hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, letupan itu menyebabkan mangsa yang maut tercampak sejauh 20 meter dari lokasi kejadian.

Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kereta yang meletup itu membawa mercun bola.

Katanya, letupan itu menyebabkan mangsa yang maut tercampak sejauh kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, katanya, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Difahamkan, empat lagi mangsa yang berada dalam kenderaan berlainan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

“Kejadian itu turut menyebabkan enam kenderaan terbakar termasuk kenderaan dipandu mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, satu laporan lain menyatakan kereta itu dipanah petir lebih awal sebelum meletup.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, Mohd Ridzuan Ali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 5.39 petang dan mengarahkan 12 anggota dari dua unit Balai Bomba Penyelemat (BBP) Kota Darulnaim dan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tunjong ke tempat kejadian.

“Sebuah kereta terputus dua dipercayai dipanah petir dan seorang mangsa dipercayai meninggal dunia. Terdapat lima buah kenderaan berdekatan juga terlibat,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok