Selepas PH-BN bentuk kerajaan bersama, projek kontroversi LCS tetap diteruskan

December 10, 2022 · Isu semasa

Projek kapal tempur pesisir (LCS) tetap akan diteruskan juga dibawah kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang memberi komitmen projek kontroversi kapal tidak siap itu tetap diteruskan walaupun sebelum ini pelbagai isu didedahkan oleh pemimpin PH sebelum membentuk kerajaan bersama.

“Saya akan mendapat taklimat isu LCS daripada pihak berkenaan agar benar-benar boleh melihat cara untuk maju ke hadapan dan memastikan kapal dapat dibina.

“Ini aset dan juga strategi negara, kita akan pastikan apa yang perlu dilakukan. Saya akan berusaha dengan kepemimpinan MINDEF dalam masa terdekat ini. LCS akan diteruskan,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Media sebelum ini, melaporkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyatakan kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk lima LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Laporan yang dikeluarkan pada 4 Ogos lalu turut menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Pada 2 Oktober lalu, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pembinaan LCS akan disambung semula selepas semua rundingan dan setiap perjanjian dalam fasa mobilisasi dimuktamadkan pada penghujung Disember tahun ini.

Beliau berkata, selepas fasa mobilisasi itu selesai, semua pihak terbabit mempunyai tempoh 14 bulan untuk memastikan kapal siap pembinaan.

Dalam pada itu ditanya mengenai isu kebajikan ATM, terutama elaun, veteran dan perumahan, Mohamad berkata perkara itu juga akan diteliti dengan baik berdasarkan kemampuan kewangan negara.

“Dalam keadaan banyak orang kata akan berdepan kemelesetan ekonomi tahun depan, kita akan beri keutamaan kepada mana yang ada dan kita susun atur sebaiknya,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok