Selepas dikritik masalah RFID, PLUS sedia pasukan bantu pelanggan di tol

January 18, 2022 · Isu semasa

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menggandakan pasukan petugasnya di plaza tol untuk membantu melicinkan pergerakan pengguna lebuh raya Utara-Selatan yang berhijrah menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

PLUS dalam kenyataannya hari ini memaklumkan pihaknya juga telah meningkatkan keterlihatan papan tanda arah untuk meningkatkan pengenalan lorong RFID, menurut laporan Bernama.

“Pelanggan lebuh raya yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID tidak perlu risau kerana kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID.

“Sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan. Jika tag RFID masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, Touch ‘n Go akan menggantikan tag RFID secara percuma,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini media melaporkan pengguna jalan raya meluahkan kekecewaan selepas terperangkap dalam kesesakan di beberapa plaza tol, dipercayai berikutan kegagalan sistem RFID untuk mengesan tag yang dipasang pengguna.

Sementara itu, dalam kenyataan sama PLUS memaklumkan perlaksanaan RFID sejak 15 Jan lalu mencatatkan kadar migrasi yang menggalakkan iaitu sebanyak 10 peratus transaksi di seluruh Lebuhraya Utara-Selatan pada hujung minggu.

PLUS turut berharap peningkatan peralihan kepada pembayaran tol menerusi RFID yang sejajar dengan gaya hidup digital pembayaran tanpa sentuh dan e-Dompet, akan membawa pengalaman perjalanan lebih lancar kepada pengguna.

Berita berkaitan
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan
November 13, 2023· Isu semasa
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Soalan tumpuan di Dewan Rakyat minggu kelima
November 6, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok