Saya tak kawal baju dia pakai: Khairy

April 15, 2021 · Isu semasa

Menteri Penyelaras Program Iminisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menjelaskan pemuda yang memakai baju parti politik ketika menerima suntikan vaksin adalah kakitangan Kementerian Kesihatan.

Beliau menjawab gambar yang viral di media sosial yang mengatakan ahli parti politik mendapat keutamaan untuk program vaksinasi berbanding warga emas.

Dalam Twitternya hari ini, beliau menjelaskan individu berkenaan adalah anggota barisan hadapan yang layak menerima vaksin lebih awal.

“Saya telah melihat kepada kes pemuda ini. Dia bekerja di Pejabat Kesihatan Lembah Pantai. Walaupun di bahagian pentadbiran, dia masih layak (untuk suntikan vaksin) sebagaimana kakitangan lain.

“Saya tidak mempunyai kawalan terhadap baju yang dia pilih untuk dipakainya,” kata Khairy.

Beliau menjawab ulasan pengguna Twitter Ulya Husamudin yang memuat naik gambar lelaki menerima suntikan vaksin Covid-19, dan memakai baju kemeja yang mempunyai logo Pemuda Negara.

Ulya juga bertanya mengapa pemuda PN dan UMNO diberi vaksin sedangkan ayahnya berusia lebih 60 tahun masih menunggi untuk menerima vaksin.

Mengikut laman Facebook Pemuda Negara, pergerakan itu adalah pertubuhan bukan kerajaan; wadah kepada generasi muda Malaysia yang mengangkat suara rakyat pelbagai kaum berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi, keadilan dan kemakmuran bersama.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok