Saran pelancong bayar guna dolar AS, hotel gesa pemain industri sokong

June 22, 2023 · Isu semasa

Kumpulan pemilik hotel menggesa pemain industri menyokong cadangan agar kerajaan membenarkan bayaran dikenakan kepada pelancong asing dalam bentuk mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurut Presiden Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (Maho), Tan Sri Teo Chiang Hong kaedah itu sudah lama diamalkan di negara-negara jiran temasuk Thailand, Indonesia dan Myanmar.

Justeru beliau mempersoalkan mengapa Malaysia tidak mengaplikasikan kaedah sama.

“Jika anda (pemain industri) bersedia, maka kami sebagai persatuan persatuan hotel, boleh mencadangkan kepada kementerian untuk mengenakan caj dalam dolar AS untuk bilik-bilik.

“AS$100 tidak bermakna apa-apa (kepada pelancong asing) tetapi ia banyak bagi kami. Sekarang adalah RM460,” katanya.

“Anda boleh bayangkan…anda pergi ke mana-mana negara lain dan hotel bertaraf lima bintang bayaran tidak kurang dari AS$200. Tetapi (di Malaysia), ia kurang dari AS$100,” katanya ketika menjadi ahli panel dalam satu persidangan hotel.

Sementara, Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Christina Toh berkata dengan kadar pertukaran semasa keuntungan dapat ditingkat jika bayaran dikenakan kepada pelancong asing dalam mata wang dolar AS.

“Di Indonesia, mereka mengenakan bayaran kepada penduduk tempatan dalam mata wang tempatan. Tetapi jika anda seorang warga asing, anda akan dikenakan bayaran dalam dolar AS – yang lebih tinggi sekitar 20% daripada kadar tempatan. Mengapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama?,” tanyanya.

Dalam pada itu memetik laporan FMT, Pengarah Eksekutif Maho, Shaharuddin M Saaid walaupun tidak melanggar undang-undang bagi pemilik hotel untuk mula mengenakan bayaran kepada pelancong dalam dolar AS tetapi mereka ingin mencapai persetujuan dengan kerajaan mengenai pelaksanaannya.

“Sebenarnya, kami dibenarkan melaksanakannya tetapi kami tidak mahu melakukannya tanpa mendapatkan persetujuan kerajaan. Sekurang-kurangnya jika mereka memberikan sokongan maka kami tidak akan menghadapi masalah dan ia akan lebih mudah.

“Mereka (pemilik hotel) mungkin bimbang tentang bagaimana kami akan melakukannya, mekanisme dan sebagainya. Jadi kami perlu menjelaskan butiran-butiran kepada mereka terlebih dahulu,” katanya.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Ringgit menyusut ke paras RM4.70 semasa sesi dagangan ditutup hari ini
December 13, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
December 11, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
December 7, 2023· Isu semasa
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok