Saksi kemalangan motosikal berkuasa tinggi di SUKE diminta tampil

June 15, 2023 · Isu semasa

Polis memohon saksi kejadian kemalangan ngeri melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) tengah hari semalam untuk tampil memberi maklumat membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata hal itu susulan penunggang motosikal yang melawan arus yang menjadi punca kemalangan berkenaan masih belum dapat dikesan, menurut laporan Bernama.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata polis juga sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya berkenaan untuk mengenal pasti penunggang motosikal yang melawan arus itu.

Sementara itu, Mohd Azam berkata bedah siasat jenazah mangsa kemalangan berkenaan Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, sedang dijalankan di bahagian Forensik Hospital Ampang.

Semalam, Ahmad Fadzil meninggal dunia selepas terjatuh dari jejambat lebuh raya berkenaan dengan ketinggian 30 meter selepas mengelak sebuah motosikal yang dipandu melawan arus tengah hari semalam.

Allahyarham yang menunggang motosikal jenis Ducati Panigale maut di lokasi kejadian dan rakaman CCTV kejadian berkenaan tular menerusi media sosial sejak semalam.

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
10 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
10 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok