Saksi dalam kes rasuah terowong Guan Eng nafi beri keterangan palsu

September 19, 2023 · Isu semasa

Bekas Pengarah Syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam bahawa beliau tidak menipu semasa memberi keterangan dalam kes rasuah membabitkan Lim Guan Eng.

Ibrahim Sahari, 59, memaklumkan perkara itu apabila peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Lim, mempertikai kenyataan saksi tersebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam yang tidak konsisten dengan keterangan beliau di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Isu itu dibangkitkan oleh Gobind kerana ketika Ibrahim memberi keterangan di Shah Alam dalam kes tipu membabitkan ahli perniagaan G. Gnanaraja, saksi itu menyatakan seorang lagi Pengarah CZCSB iaitu Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli telah memaklumkan bahawa beliau (Zarul Ahmad) ditipu oleh Gnanaraja yang meminta RM19 juta daripadanya.

Gnanaraja dikatakan meminta wang itu bagi membantu menutup siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kesalahan pengubahan wang haram terhadap Zarul Ahmad.

Semasa prosiding di Mahkamah Sesyen di sini pada 28 Jun 2022, Ibrahim berkata Zarul Ahmad telah mengaku kepada SPRM dan kepadanya bahawa beliau membuat pembayaran kepada Lim selepas dibebaskan daripada tahanan agensi itu.

Ibrahim juga mengaku menyediakan invois serta baucar palsu dan wang itu kemudian digunakan untuk merasuah Lim.

Terdahulu, ketika disoal balas oleh seorang lagi peguam Lim iaitu Tiara Katrina Fuad, saksi itu bersetuju dengan kenyataannya di Shah Alam bahawa wang RM19 juta diberikan kepada Gnanaraja untuk menutup siasatan kes pengubahan wang haram terhadap Zarul Ahmad.

Semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul pada Jumaat lepas, Ibrahim berkata kenyataan beliau di Shah Alam bercanggah dengan kenyataannya di mahkamah ini kerana ia membabitkan pertuduhan dan individu berbeza.

Lim, 62, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut dan dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.

Lim turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 23 Okt ini.

Berita berkaitan
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu· Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
3 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
16 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
16 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok