Rumah pelacur tutup pintu depan, buka pintu belakang kena serbu

May 11, 2021 · Isu semasa

Polis membongkar kegiatan sendiket pelacuran yang cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menutup pintu hadapan premis, tetapi pelanggan dibawa masuk melalui pintu belakang.

Kegiatan itu dibongkar hasil serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kelmarin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra’ais berkata, sepasukan anggota D7 melakukan serbuan ke atas sebuah rumah kedai di kawasan Persiaran Midland Georgetown.

Premis tersebut sebelum ini adalah pusat SPA tetapi kini menjalankan kegiatan pelacuran dan perkhidmatan urut.

“Seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang merupakan penjaga premis dan empat pekerja perempuan warganegara asing berusia antara 26 hingga 30 tahun ditangkap dalam operasi tersebut.

“Pemeriksaan juga mendapati penjaga premis gagal menunjukkan sebarang lesen perniagaan dan kesemua pekerja tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Dalam serbuan tersebut juga, polis turut mengeluarkan kompaun kepada empat lelaki Cina yang merupakan pelanggan di premis berkenaan kerana gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan iaitu tidak mendaftar masuk menggunakan QR kod My Sejahtera atau buku pendaftaran.

Beliau berjata, siasatan awal mendapati sindiket ini beroperasi dengan mengiklankan gambar-gambar mangsa menggunakan aplikasi Wechat yang diuruskan oleh penjaga premis kepada pelanggan yang inginkan perkhidmatan seks dan urut.

Premis ini dipercayai telah beroperasi hampir sebulan dengan menyasarkan warga tempatan dan juga warga asing terutama yang berbangsa cina, katanya.

Rahimi berkata, bagi mengaburi mata pihak berkuasa, sindiket ini menutup pintu hadapan premis dan menampal notis penutupan. Pelanggan akan diarahkan masuk ke dalam premis tersebut melalui pintu belakang.

Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan (KK); Seksyen 372B KK; Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen; Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Peraturan 24 Undang-Undang Kecil.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok