RON97 naik lapan sen, RON95 dan diesel kekal

March 31, 2022 · Isu semasa

Harga runcit petrol RON97 naik lapan sen seliter daripada RM3.83 kepada RM3.91 bagi tempoh seminggu, bermula esok hingga 6 April.

Kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menyatakan harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh yang sama, Bernama.

Harga tersebut berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Berita berkaitan
Harga petrol tidak turun, kekal paras lama
March 22, 2023· Isu semasa
Tak ada dibuat kerajaan di dunia kawal harga makanan siap masak: Rafizi
March 21, 2023· Isu semasa
Harga minyak petrol tak turun, kekal paras lama
March 8, 2023· Isu semasa
Jimat RM17 bilion jika T20 tak diberi subsidi petrol: Mat Maslan
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Tak patut lantik Asyraf Wajdi jadi pengerusi MARA: Pakar ekonomi
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
2 minit lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
17 minit lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
33 minit lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
1 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok