RON97 naik 37 sen

Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter daripada RM3.94 kepada RM4.31, manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 18 Mei.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Menurut MOF, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – Bernama

BERITA BERKAIT
POPULAR