Rogol: Polis tahan pemain bola sepak

May 31, 2022 · Isu semasa

Polis Kelantan mengesahkan seorang pemain bola sepak liga tanah air bagi membantu siasatan susulan laporan yang dibuat oleh remaja berusia 18 tahun yang didakwa dirogol suspek.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhammad Zaki Harun mengesahkan pihaknya menahan pemain bola sepak itu pada jam 10 malam, 29 Mei lepas di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

“Saya mengesahkan penahanan dibuat selepas polis menerima laporan yang dibuat mangsa” katanya kepada pemberita selepas Majlis Cinta dan Air mata peringkat Zon Kelantan – Terengganu petang tadi.

Memetik laporan media hari ini, suspek berusia 28 tahun serta mempunyai isteri dan dua anak manakala mangsa merupakan seorang jurujual kain dan tudung.

Suspek didakwa merogol mangsa di rumahnya di Jalan Pantai Cahaya Bulan, PCB di sini sekitar jam 12.30 tengah hari 29 Mei lepas.

“Mangsa mendakwa didatangi suspek yang tiba-tiba menolaknya dari belakang sebelum mengheretnya ke katil dalam bilik tidur.

“Dia (mangsa) cuba melawan dan menjerit namun ketika kejadian tiada ahli keluarga dan dia yang tidak berdaya akhirnya dirogol suspek,” katanya.

Beliau berkata, mangsa sudah mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Menurut Muhammad Zaki lagi, hasil pemeriksaan mendapati berlaku kesan koyakan baharu pada hymen (selaput dara) mangsa.

Hasil siasatan dan rakaman percakapan yang dijalankan mendapati mangsa mengenali suspek yang juga pelanggan tetap kedai makan milik emaknya.

Katanya, mangsa juga mendakwa pernah menerima gambar dan mesej berbaur lucah melalui aplikasi WhatsApp daripada suspek tahun lalu ketika masih bersekolah.

“Polis turut merampas baju dan seluar digunakan suspek semasa kejadian jenayah itu dilakukan.

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 2 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok