Ringgit susut berbanding dolar AS

July 5, 2022 · Isu semasa

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini (5 Julai 2022) dengan dolar AS terus mengukuh terutama menjelang pengumuman data pekerjaan AS pada minggu ini yang dijangka kekal kukuh, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar kepada 4.4185/4200 daripada 4.4120/4145 penutupan urus niaga semalam (Isnin).

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata terdapat juga bidaan ke atas dolar AS berikutan kebimbangan yang semakin ketara berhubung kemelesetan dan ini terus melemahkan pertukaran asing Asia secara menyeluruh dan mata wang G10 secara amnya.

Di dalam negara, beliau berkata dengan kadar pengangguran pada 3.9 peratus, masih agak tinggi sedikit daripada paras sebelum COVID manakala inflasi hanya 2.8 peratus, Bank Negara Malaysia (BNM) dilihat kurang tertekan berbanding bank pusat lain untuk menaikkan kadar dengan cepat.

“Tetapi kadar dasar sebenar adalah negatif, dan itu boleh menjejaskan ringgit secara berlebihan di mata bank pusat kerana ia cuba menangani ancaman gelung maklum balas kepada inflasi melalui mata wang yang lebih lemah.

“Jadi, kami menjangkakan BNM akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas untuk mengelak mata wang tempatan terus lemah,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit ditutup tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan meningkat nilainya berbanding pound Britain kepada 5.3168/3186 daripada penutup Isnin pada 5.3496/3526 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5511/5526 daripada 4.6070/6096.

Ringgit turut menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2530/2543 daripada 3.2578/2599 dan lebih kukuh berbanding dolar Singapura pada 3.1486/1502 berbanding 3.1596/1618 semalam. – Bernama

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok