Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

May 10, 2021 · Isu semasa

Ringgit terus mengukuh apabila memulakan urus niaga pagi ini dengan mengambil kesempatan daripada kelemahan nilai dolar AS yang teramat lemah, harga minyak mentah yang tinggi serta keyakinan terhadap pemulihan ekonomi global.

Memetik laporan Bernama pada jam 9.04 pagi, mata wang negara mengukuh kepada 4.1000/1030 berbanding dolar AS, daripada penutupan urus niaga Jumaat minggu lepas 4.1100/1140.

Rakan pengurusan global SPI Asset Management, Stephen Innes berkata bacaan di bawah konsensus bagi data gaji bukan ladang AS untuk April mendorong aktiviti jualan ke atas dolar AS secara meluas pada Jumaat kerana ia mungkin telah mengurangkan kelegaan tekanan daripada Rizab Persekutuan untuk beralih ke retorik yang kurang berpihak kepada pertumbuhan ekonomi.

Untuk April, gaji bukan ladang AS meningkat tetapi jauh lebih rendah daripada jangkaan 266,000 dan kadar pengangguran bertambah kepada 6.1 peratus di tengah-tengah meningkatnya kekurangan pekerja sedia ada.

Sementara itu, beliau turut menambah pemulihan ekonomi global mungkin akan terus memberi tekanan kepada dolar AS dalam minggu mendatang.

“Malah, data memberangsangkan eksport China minggu lepas turut menjuruskan kepada peningkatan ekonomi global yang mana pengeksport Malaysia turut mendapat manfaat daripadanya,” kata Innes.

Bernama juga melaporkan ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain pada paras pembukaan pagi ini.

Berbanding pound Britain, ia susut kepada 5.7571/7586 daripada 5.7203/7267 dan lebih rendah berbanding yen kepada 3.7705/7743 daripada 3.7662/7702 Jumaat minggu lepas.

Ringgit turut disebut harga rendah berbanding dolar Singapura pada 3.0918/0947 daripada 3.0870/0916 dan menyusut berbanding euro kepada 4.9856/9897 daripada 4.9632/9697.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok