Ringgit jatuh lagi, ditutup pada RM4.78 berbanding dolar

October 26, 2023 · Isu semasa

Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Khamis susulan lonjakan hasil bon negara maju itu di tengah-tengah kebimbangan kadar faedah AS kekal tinggi bagi tempoh lebih lama.

Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.7855/7885 berbanding dolar AS daripada paras 4.7780/7830, semalam, lapor Bernama.

Indeks Dolar AS semalaman meningkat kepada 106.27, dipacu oleh pengukuhan aktiviti pembuatan dan perkhidmatan negara maju itu yang dilihat mendorong Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menaikan kadar faedah menjelang mesyuaratnya pada akhir bulan ini.

Di peringkat tempatan, ringgit bagaimanapun diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7847/7883 daripada 5.7905/7965 pada akhir urus niaga Rabu, naik berbanding yen Jepun kepada 3.1838/1860 daripada 3.1866/1902 dan meningkat berbanding euro kepada 5.0468/0500 daripada 5.0494/0547.

Selain itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean lain kecuali bagi dolar Singapura yang menyaksikannya susut ke paras 3.4900/4925 daripada 3.4871/4910, semalam.

Unit tempatan itu juga meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1952/2097 daripada 13.1960/2153, naik berbanding rupiah Indonesia pada 300.5/300.9 daripada 301.0/301.5 namun tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.40/8.41.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
7 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
43 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok