Ringgit ditutup rendah berbanding dolar

May 24, 2022 · Isu semasa

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila pasaran mengambil pendekatan berhati-hati terhadap prospek ekonomi global dan dasar monetari yang tidak menentu.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3940/3980 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3870/3915 pada Isnin, lapor Bernama.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pelabur akan memantau dengan rapat ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell kerana ia mungkin menyediakan bayangan penting tentang langkah seterusnya yang akan diambil oleh bank pusat AS itu dari segi dasar monetari.

“Sekiranya ringgit kembali menjejaki semula daripada paras ketahanan 4.3950, kita boleh menjangkakan ia membawakan tukaran asing ke paras 4.3118, di mana ia mungkin mencapai paras sokongan sementara,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan terus susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1966/1999 daripada 3.1933/1968 pada Isnin, turun berbanding euro kepada 4.7064/7107 daripada 4.6840/6888 sebelumnya tetapi naik berbanding pound Britain kepada 5.4885/4935 daripada 5.5167/5223.

Bagaimanapun ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.4506/4540 daripada 3.4408/4446 pada Isnin.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok