Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi

November 4, 2023 · Isu semasa

Ringgit mengakhiri minggu ini dengan meneruskan kenaikan yang tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan peningkatan kadar faedah AS yang dihentikan seketika terus meningkatkan sentimen, kata penganalisis.

Selera risiko semakin baik selepas Rizab Persekutuan (Fed) AS dan beberapa bank pusat utama mengekalkan kadar faedah tanpa mencatat perubahan pada minggu ini, lapor Bernama.

Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7265/7320 berbanding dolar AS daripada 4.7485/7525 sewaktu ditutup semalam.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran kewangan menyambut baik langkah Fed untuk mengekalkan kadar faedah apabila peniaga menjangkakan Fed akan menamatkan kitaran kenaikan kadarnya.

“Malah, menjelang (pengeluaran) data senarai gaji bukan ladang AS (lewat hari ini), ringgit lebih kukuh memandangkan pengeksport tempatan meramalkan hasil perbendaharaan AS telah memuncak, yang menyebabkan kurangnya tekanan kepada mata wang tempatan. Oleh itu, pada masa ini mereka menjual dolar AS pada kadar keuntungan yang besar,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.1445/1484 daripada 3.1593/1622 semasa ditutup pada Khamis, mengukuh berbanding euro kepada 5.0318/0377 daripada 5.0448/0491 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.7734/7801 daripada 5.7860/7909.

Ringgit diniagakan kebanyakan rendah berbanding mata wang Asean lain, kecuali berbanding dolar Singapura apabila menambah kepada 3.4713/4756 daripada 3.4798/4830 sewaktu ditutup semalam.

Mata wang tempatan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 300.5/300.9 daripada 299.4/299.8, turun berbanding baht Thailand kepada 13.2332/2553 daripada 13.2156/2337 sebelum ini dan lemah berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.44 daripada 8.38/8.40 semalam.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka pada paras RM4.76 berbanding dolar
November 1, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
1 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok