Ringgit ditutup pada paras RM4.71 berbanding dolar AS

October 11, 2023 · Isu semasa

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dalam persekitaran petunjuk daripada Rizab Persekutuan (Fed) bahawa tiada kenaikan kadar faedah tahun ini.

Pada 6.01 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.7145/7180 berbanding mata wang Ameria Syarikat (AS) daripada paras penutup 4.7255/7310 pada Selasa, lapor Bernama.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata walaupun Rizab Persekutuan (Fed) AS memutuskan untuk tidak menaikkan kadar faedah, tiada bukti ekonomi yang menunjukkan bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah tidak lama lagi.

“Untuk melemahkan dolar AS, Fed perlu memberi petunjuk kesediaan untuk mempertimbangkan pemotongan kadar.

“Bagaimanapun, kenaikan ringgit mungkin terjejas akibat kebimbangan bahawa data inflasi AS dijangka terus kekal tinggi yang berpotensi menyakinkan Fed bahawa dasar monetari yang lebih ketat masih perlu dilakukan,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding yen kepada 3.1711/1737 daripada 3.1740/1779 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding euro kepada 4.9983/5.0020 daripada 5.0095/0153 and melonjak berbanding pound Britain kepada 5.7918/7961 daripada 5.7982/8049.

Mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.4587/4617 daripada 3.4619/4662 pada penutupan semalam dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.32 berbanding 8.31/8.32 sebelumnya.

Bagaimanapun, unit tempatan turun berbanding baht Thai kepada 12.9462/9615 daripada 12.8571/8773 dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 300.2/300.6 daripada 300.1/300.8 ketika ditutup semalam.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok