Ringgit dibuka pada paras RM4.71 berbanding dolar

October 9, 2023 · Isu semasa

Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS apabila dolar AS mengukuh berikutan minat baharu dalam kalangan pelabur berikutan krisis di Timur Tengah, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7150/7200 berbanding dolar AS daripada penutup Jumaat lalu pada 4.7115/7155, lapor Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata permintaan terhadap dolar AS telah meningkat kerana perkembangan terbaharu dalam konflik Israel-Palestin dijangka menjadi tumpuan hari ini.

“Walaupun masih belum dapat dilihat sama ada konflik ketenteraan boleh diselesaikan dalam tempoh terdekat, kebimbangan terhadap harga minyak mentah adalah sesuatu yang dibimbangkan oleh pasaran,” katanya kepada Bernama.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wanga tempatan turun berbanding yen pada 3.1619/1657 daripada 3.1612/1641, susut berbanding euro kepada 4.9847/9900 daripada 4.9720/9763 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.7622/7683 daripada 5.7494/7543 penutupan urus niaga Jumaat lepas.

Berbanding mata wang Asia yang lain, ringgit turut diniagakan lebih rendah kecuali berbanding peso Filipina, menyaksikan ia menambah nilai kepada 8.31/8.33 berbanding penutupan Jumaat pada 8.32/8.33.

Ringgit menyusut berbanding baht Thai menjadi 12.7525/7706 daripada 12.7200/7367, lemah berbanding rupiah Indonesia pada 301.9/302.4 daripada 301.7/302 dan merosot berbanding dolar Singapura pada 3.4519/4559 daripada 3.4458/4493 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok