Rina sedia menghadap TMJ beri penjelasan kes Bella

April 17, 2022 · Isu semasa

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun bersedia menghadap Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam bagi mempersembahkan status perbicaraan kes penderaan Bella.

Rina menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini memaklumkan kementerian berkenaan akan mempersembahkan tindakan yang telah disusuli pihak kementerian dalam membantu perbicaraan kes itu, menurut laporan Bernama.

“Titah DYAM Tuanku yang berkenan menawarkan khidmat peguam secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak KPWKM untuk kes ini amatlah bermakna buat pihak kementerian dalam memperkasakan usaha menegakkan keadilan buat adik Bella.

“Kementerian menyambut baik pelawaan ini dan akan bekerjasama rapat dengan pihak peguam yang dititahkan oleh DYAM Tuanku. Menjunjung kasih DYAM Tuanku,” menurut hantaran itu.

Rina berkata beliau terharu atas keprihatinan dizahirkan oleh baginda berdua yang sama-sama mengikuti perkembangan kes perbicaraan berkenaan.

Rina turut menyeru seluruh Keluarga Malaysia untuk berdoa agar urusan perbicaraan kes penderaan Bella dipermudahkan dan kebenaran dapat dibuktikan pada akhir perbicaraan.

Kes Bella tular di media sosial tahun lepas selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan pertubuhan bukan kerajaan.

Susulan itu, pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, 30, didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan serta mendera remaja berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau tidak mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Berita berkaitan
TMJ kongsi cerita saat insiden tembakan berlaku di Bangkok
October 4, 2023· Isu semasa
Kes Bella: Siti Bainun kena penjara 12 tahun
May 3, 2023· Isu semasa
Siapa bantu rakyat masa pandemik? “Abah” jerit perwakilan Srikandi
March 10, 2023· Politik
Tanpa peguam, Siti Bainun diarah beri keterangan
January 26, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
10 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
16 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
16 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
2 minit lalu
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok