
Tiada ramalan cuaca buruk luar biasa hujung bulan ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia, hari ini (24 Oktober 2022).
Sebanyak 12 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Belimbing Dalam, Alor Gajah berikutan rumah mereka rosak akibat ribut malam ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka Leftenan Kolonel Cuthbert John Martin Quadra berkata PPS itu dibuka pada 10.11 malam, menurut laporan Bernama.
“Kesemua mangsa terbabit berasal dari Kampung Belimbing Dalam dan masih dalam proses pendaftaran,” menurutnya dalam satu kenyataan.
Beberapa kawasan di Melaka antaranya Durian Tunggal di Alor Gajah dan Peringgit di Melaka Tengah dilanda angin kencang dan hujan lebat pada lewat petang semalam.