Rasuah: SPRM minta rakaman CCTV pergerakan dua kereta menteri DAP

April 18, 2023 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meminta rakaman pengawasan CCTV sebuah kondominium yang melibatkan tiga kereta, termasuk dua milik Menteri Sumber Manusia kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), V Sivakumar.

Satu sumber yang dipetik Mkini dilaporkan berkata SPRM menjadikan tiga kenderaan itu sebagai keutamaan dalam siasatannya terhadap dakwaan penyelewengan yang melibatkan kuota pengambilan pekerja asing.

Portal berkenaan difahamkan tindakan itu adalah sebahagian daripada dakwaan rasuah yang dikatakan bernilai RM97 juta melibatkan dua pegawai kanan menteri itu.

“SPRM telah meminta rakaman CCTV dari 6 hingga 7 Mac 2023, serta pada 7 dan 8 April 2023, menunjukkan tiga kenderaan itu, Mercedes-Benz, Proton Perdana dan Mitsubishi Outlander,” kata sumber itu kepada Mkini.

Laporan itu menyatakan bahawa kenderaan Mercedes-Benz dan Mitsubishi itu didaftarkan kepada Sivakumar.

Minggu lalu, SPRM menangkap dua pegawai kanan Sivakumar kerana disyaki terbabit dalam rasuah melibatkan pemberian kuota pekerja asing.

Terdahulu, Utusan melaporkan bahawa SPRM masih meneruskan pencarian wang berjuta-juta ringgit yang didakwa melibatkan pegawai kanan menteri melalui orang tengah.

Laporan itu turut mengesahkan bahawa SPRM tidak sebarang bukti ketika mengeledah rumah dan pejabat menteri.

“Difahamkan tiada rampasan dibuat kerana SPRM tidak menemui sebarang bukti yang diperlukan,” sumber itu dipetik sebagai berkata.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok