Rampasan dadah di KKIA bernilai RM404,375

September 13, 2021 · Isu semasa

Dadah bernilai RM404,375 dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hasil pemeriksaan imej imbasan di Kargo Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah pada 29 Ogos lepas.

Dadah seberat lebih 8.66 kilogram (kg) dadah jenis ketamin dan methamphetamine berjaya dikesan hasil pemeriksaan rapi yang dilakukan pihak berkuasa tersebut.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Abdullah Jaapar dalam kenyataan hari ini berkata ekoran rampasan yang berlaku pada pukul 7 pagi itu, seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Anggota keselamatan dari MasKargo mendapati hasil imej imbasan yang mencurigakan ke atas 16 kotak polisterin berisi ikan sejuk beku. Imej imbasan itu menunjukkan terdapat satu imej lapisan di bawah ikan tersebut,” kata kenyataan itu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan bungkusan plastik lut sinar berisi lebih 5.43kg dadah jenis ketamin dengan nilai RM287,843 dan lebih 3.23kg methamphetamine bernilai RM116,532.

Katanya modus operandi kegiatan itu adalah mengisi bahan disyaki dadah terlarang ke dalam plastik lut sinar sebelum disembunyikan ke dalam ruangan tersembunyi di dalam kotak polisterin ikan sejuk beku bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. JKDM menyeru orang awam agar bekerjasama melaporkan penyeludupan dadah dengan menghubungi talian 1-800-88-8855 atau pejabat kastam negeri dengan identiti pemberi maklumat dirahsiakan,” katanya.

Berita berkaitan
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok