Rakyat Singapura boleh masuk Malaysia tak lama lagi: Nancy

October 23, 2021 · Isu semasa

Malaysia akan membuka pintu sempadan kepada rakyat Singapura tidak lama lagi, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau dijadual bertemu pegawai Singapura minggu depan bagi berbincang pelaksanaan rentas sempadan antara kedua-dua negara, yang beliau jangka akan bermula paling cepat November ini.

Menurutnya, Putrajaya berhasrat membuka kembali sempadannya kepada pelancong antarabangsa mulai bulan depan dan pengunjung dari Singapura adalah antara yang pertama akan dibenar memasuki Malaysia.

“Kami terbuka (kepada) rakyat Singapura selagi Singapura juga terbuka kepada kami,” kata dalam rancangan CNBC Street Signs Asia.

Ditanya bila perjanjian dengan Singapura dapat diselesaikan, Nancy berkata beliau yakin ia akan dibuat pada November.

Sebelum pandemik melanda kedua-dua negara pada awal tahun lalu, ribuan penduduk Singapura dan Malaysia berulang-alik menyeberangi Tambak Johor dan Link Kedua di Tuas untuk melawat keluarga atau bekerja.

Sebelum sempadan kedua-dua negara di tutup pada Mac tahun lalu, dianggarkan setengah juta orang melakukan perjalanan antara Singapura dan Johor.

Dianggarkan lebih 100,000 rakyat Malaysia terperangkap di Singapura sejak sempadan ditutup dan berharap mereka dapat kembali kepada keluarga masing-masing.

Sementara itu, Singapura menyenaraikan Malaysia di bawah Kategori III berbanding Kategori IV sebelum ini, selepas republik itu mengadakan semakan berkala mengenai pandemik Covid-19.

Ini bermakna semua pengembara dari Malaysia perlu menjalani kuarantin 10 hari di rumah atau kediaman yang diisytiharkan dalam Notis Tinggal di Rumah (SHN) di Singapura bermula 27 Oktober 2021.

Peraturan ke atas pengunjung dari Malaysia itu serta ahli keluarga mereka dibuat secara menyeluruh tidak mengira status vaksin dan sejarah perjalanan mereka, menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) mengenai Covid-19 Singapura, hari ini.

Selain Malaysia, negara lain yang bakal dimasukkan dalam kategori III adalah Kemboja, Mesir, Hungary, Indonesia, Israel, Mongolia, Qatar, Rwanda, Samoa, Seychelles, Afrika Selatan, Tonga, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam.

Dalam satu kenyataan media, MTF menyatakan, berdasarkan syarat dalam kategori berkenaan, mereka tidak akan ditempatkan di kemudahan khas SHN.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok