Rakyat Malaysia dibawa keluar dari Kompleks Petronas Khartoum

April 18, 2023 · Isu semasa

Rakyat Malaysia yang berada di Kompleks Petronas Khartoum yang menjadi sasaran konflik di Sudan dipindahkan ke tempat yang selamat lewat petang Isnin (waktu Sudan).

Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan berkata Malaysia sedang mengambil langkah untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia sebaik keadaan mengizinkan dan memohon kerjasama pihak Sudan bagi menjamin kelancaran usaha itu.

Berikutan dengan situasi yang semakin meruncing dan susulan kepada laporan berkenaan “pengambilan paksa” kompleks itu yang turut menempatkan Kedutaan Besar Malaysia, Duta Besar Sudan di Kuala Lumpur akan dipanggil bagi menyuarakan pandangan Malaysia dalam konflik terbaharu.

“Selain itu, Malaysia juga menyampaikan bantahan ke atas tindakan pihak-pihak tertentu yang telah menceroboh kompleks berkenaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra hari ini (18 April 2023).

Pertempuran meletus pada Sabtu antara tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum dan kawasan sekitarnya. Lebih 180 orang terbunuh manakala 1,800 cedera dalam pertempuran itu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Zambry juga berkata bahawa krisis di Sudan turut memberi kesan kepada semua pejabat kedutaan asing dengan terdapat laporan serangan yang dilakukan ke atas Duta Besar Kesatuan Eropah ke Sudan, rakyat Jepun dikasari, kenderaan Diplomatik Amerika Syarikat ditembak dan kediaman rasmi Duta Besar Kuwait ke Sudan diceroboh.

Beliau menekankan yang keselamatan kesemua rakyat Malaysia di Sudan menjadi keutamaan kerajaan dengan Pasukan Khas yang diketuai oleh KLN telah merangka pelan evakuasi untuk membawa pulang 32 rakyat Malaysia berdasarkan data terkini yang dikongsikan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum.

Pelan evakuasi itu akan dilaksanakan serta-merta bersama negara-negara sahabat sebaik sahaja ada peluang berbuat demikian.

Zambry juga memohon kerjasama semua, andai ada lagi ahli keluarga yang berada di Sudan tetapi masih tidak menyatakan keberadaan mereka atas kekangan jalinan komunikasi untuk segera berbuat demikian kerana ia penting bagi perancangan evakuasi kelak.

Berita berkaitan
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
PRN Melaka: KKM sudah sediakan SOP
October 9, 2021
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok