Rakyat Kelantan jangan leka jika tidak mahu kembali Fasa Tiga PPN

January 12, 2022 · Isu semasa

Jika leka dan mengambil mudah prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, berkemungkinan rakyat Kelantan akan kembali ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagi mengelakkan ia berlaku, orang ramai perlu sentiasa mematuhi SOP bagi menyekat penularan Covid-19 di negeri tersebut, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Kalau keadaan terlalu genting (kes meningkat), mungkin kita terpaksa kembali ke fasa tiga, kita tidak tolak kemungkinan itu terjadi. Tetapi kita berharap ia tidak berlaku.

“Saya nasihatkan kepada semua masyarakat supaya patuh SOP kerana isu besarnya adalah SOP. Penularan Covid-19 tidak akan berlaku jika kita jaga SOP.

“Namun, sebahagian daripada kita agak bersahaja, leka dan ikut suka sama ada hendak pakai pelitup muka atau tidak, jarak tidak jaga dan berlaku sentuhan,” katanya menurut laporan BH.

Bagaimanapun, Mohd Amar berkata kerajaan negeri bergantung kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sentiasa membuat pemantauan dan pemerhatian.

Mohd Amar berkata, sebagai contoh, apabila kerajaan buka kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, ramai bersesak-sesak pergi pantai dan bukit.

Katanya, tambahan pula kini sudah dibenarkan buat kenduri yang menyebabkan masyarakat bercampur dan sebagainya.

“Kerajaan hanya boleh bagi peringatan dan nasihat, namun ia terserah kepada masyarakat. Kalau kita tegas sangat, orang marah, jadi kena ada kerjasama yang baik daripada rakyat.

“Berdasarkan perbincangan dan pemerhatian, kita tidak tolak kemungkinan PKP (akan diadakan) semula di seluruh negara. Macam China baru-baru ini buat sekatan pergerakan walaupun ada tiga kes. Ini buat kita risau,” katanya.

Mengulas berhubung penipuan sijil vaksinasi Covid-19, Mohd Amar berkata, setakat ini Kelantan tidak menerima laporan berhubung penipuan itu.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok