Rafizi beri penjelasan berhubung bungkusan berisi ekstrak ganja ke rumah

March 14, 2023 · Isu semasa

Pihak yang menghantar bungkusan berisi ekstrak ganja ke pejabatnya baru-baru ini tidak dikenali, jelas Rafizi Ramli.

Menteri Ekonomi itu yang juga Timbalan Presiden PKR itu berkata sudah menyerahkan bungkusan itu kepada kepada pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut.

“Saya tak tengok atau membuka bungkusan terbabit. Orang hantar ganja, jadi polis datang ambillah.

“Buang duit saja hantar (ekstrak) ganja kepada saya kerana saya tak ambil ganja. Ini pembaziran.

“Bungkusan terbabit dialamatkan ke pejabat saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kedua-dua kami tidak ambil ganja,” katanya dipetik laporan BH.

Semalam, media melaporkan bungkusan berisi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik, dirampas menerusi serbuan di sebuah hab kurier di Pulau Meranti, Puchong, Jumaat lalu.

Serbuan dibuat hasil maklumat seorang penjawat awam yang memaklumkan menerima panggilan telefon berkaitan kiriman bungkusan dialamatkan ke atas dua ahli politik yang perlu dituntut di hab berkenaan.

Rentetan itu, polis merampas satu tiub ubat gigi berpenutup hijau dan putih bercorak daun ganja tertera tulisan ‘Happy Green’ seberat 80 gram dalam bungkusan kotak berwarna coklat.

Berita berkaitan
MP Pendang diarah keluar dewan kerana cuba mencelah perbahasan Rafizi
March 8, 2023· Politik
Harga bahan mentah naik punca pengusaha naik harga makanan: MAPIM
January 23, 2023· Isu semasa
Rafizi optimis rundingan dengan UMNO dalam PRN berjalan baik
January 16, 2023· Politik
Kerajaan Kedah tampung bayaran sewa sehingga rumah baharu mangsa banjir siap
January 5, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
10 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
10 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok