Infineon: PMX ‘claim’ kerja orang kata Sanusi

August 5, 2023 · Politik

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menepis kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa pelaburan tambahan 5 EUR bilion (RM25 bilion) Infineon Technologies AG (Infineon) di Kulim hasil rundingan kerajaan perpaduan.

Menurut Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN), pelaburan tambahan itu sudah dimaklumkan syarikat dari Jerman pada tahun lepas.

Katanya, beliau diberitahu soal itu ketika melawat kilang Infineon itu sekali gus merasmikan bangunan baharu syarikat tersebut.

“Tahun 2022, saya pergi kilang Infineon di Kulim…kilang Jerman. Pergi tengok rancangan mereka untuk menambah pelaburan lagi RM25 bilion dan merasmikan satu unit di Infineon dan kita pun pakat letak tapak tangan (simbolik perasmian).

“Dia (Infineon) sudah maklum hendak tambah pelaburan di Kulim, dia minta tanah belakang kilang. Kita pun lulus dan pajak dekat dia lagi tanah di belakang itu.

“Tahu-tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim kata baru meluluskan pelaburan Infineon. Tuan-tuan, main claim kerja orang cukup bijak. Semua dia kata dia buat. Tan Sri Muhyiddin (Yassin) hapus hutang Felda RM8.3 bilion, mai (datang) dia jadi perdana menteri dia kata dia buat.

“Semua rekod ada, tuan-tuan hendak bohong agak-agaklah. Buka mulut bohong, buka mulut bohong,” katanya ketika Sembang Santai di Pengkalan Kundur, Kedah, semalam.

Sebelum ini menurut Anwar, keputusan itu dicapai setelah Kerajaan Negeri Kedah membuat rundingan selama 13 bulan namun gagal mencapai kata putus.

“Yang dia (Kerajaan Negeri Kedah) runding 13 bulan sudah, dia (Infineon) yang sebulan sudah dia mai runding dengan saya, bukan dengan mereka.

“Sebab apa dia runding dengan saya bukan sebab saya Anwar tapi sebab saya pemimpin kerajaan perpaduan dan kerajaan ini stabil,” dalam ucapannya sempena Ta’aruf Perpaduan di Jitra.

Dalam ucapan sama, Muhammad Sanusi turut menempelak Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang kecewa apabila pelaburan RM25 bilion itu dibawa ke Kedah.

Kata Muhammad Sanusi, Menteri Ekonomi itu sepatutnya tahu kilang Infineon itu sudah beroperasi di Kulim sejak 10 tahun lalu.

“Bab Infineon ini Rafizi pun cakap di Negeri Sembilan, aku pun nak marah kat (pada) Anwar Ibrahim kenapa bawa Infineon pergi Kedah.

“Rafizi, ini nak beritahu Infineon dah ada di Kulim 10 tahun beroperasi dan ini hendak tambah sahaja bukan pelaburan baharu. Bukan pelaburan baharu, Menteri Ekonomi apa (ini)? Ini pun sama saja.

“Formula dia semua ke laut. Bukan formula saja ke laut, benda sudah ada dia kata baru nak mai,” katanya.

Untuk rekod, pada 7 Julai 2022 lalu, Muhammad Sanusi telah merasmikan Majlis Perletakan Batu Asas Kilang Infineon di Kulim Hi-Tech Park.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
China sokong konsep Asian Monetary Fund dibawa Malaysia: PMX
September 17, 2023· Isu semasa
Kerajaan Anwar dikecam selepas Zahid bebas, Ambiga kata pembaziran kerja pendakwa raya
September 4, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok