PKR Bandar Tun Razak lapor polis fitnah isteri Anwar dalam gambar tular

October 23, 2023 · Politik

Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bandar Tun Razak hari ini membuat laporan polis terhadap tiga pengguna media sosial yang didakwa memuat naik hantaran berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Laporan polis dibuat oleh Ketua Wanita PKR cabang iaitu Jamilah Syed Mohamed di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras hari ini, lapor Bernama.

Jamilah berkata hantaran itu jelas berniat jahat untuk menyebarkan fitnah dan memberi gambaran seolah-olah isteri Perdana Menteri itu menyokong Israel.

“Saya berharap agar pihak berkuasa dapat melakukan siasatan secara terperinci dan menyeluruh serta mengambil tindakan tegas dan tangkapan berlandaskan undang-undang negara.

“Video seperti ini boleh menjatuhkan reputasi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebagai isteri Perdana Menteri dan juga reputasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dipetik laporan Bernama.

Semalam, tiga pengguna media sosial memuat naik gambar dan video Dr Wan Azizah yang disunting daripada Instagram milik Perdana Menteri Israel semasa hadir ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat, pada 21 Sept lepas.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
18 jam lalu· Politik
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Popular
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
18 jam lalu · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok