PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi

November 16, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada laluan khas bagi pengundi positif Covid-19 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pihaknya akur dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas beberapa peringkat perbincangan.

Katanya, laluan khas itu tidak dilaksanakan kerana mengambil kira beberapa kekangan antaranya sumber, ruang dan tenaga kerja.

“Kita tidak boleh ada laluan khas untuk pesakit positif Covid-19,” katanya pada sidang akhbar hadir pada Program Selangkah ke Menara Gading dan Townhall Ikon Malaysia bersama Khairy Jamaluddin di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, hari ini.

Sebelum ini pengundi melahirkan kebimbangan apabila dikatakan perlu membuang undi dengan mereka yang positif Covid-19.

Jelasnya, SOP bagi individu positif Covid-19 yang datang membuang undi sama seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Sebelum ini, KKM telah menggariskan langkah-langkah untuk pesakit Covid-19 mengundi namun tidak disebut mengenai aliran segera, lorong atau zon mengundi di dalam pusat.

Ini termasuk pemakaian pelitup muka yang diwajibkan bagi pengundi yang positif Covid-19 apabila membuang undi di pusat mengundi.

Pengundi positif Covid-19 tidak dibenarkan menaiki pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e-hailing untuk keluar mengundi dan mesti pulang terus ke rumah untuk meneruskan kuarantin selepas membuang undi.

Kementerian juga menasihatkan pengundi lain supaya memakai pelitup muka ketika berada di pusat undi dan di kawasan sesak.

Berita berkaitan
Tambang kapal terbang mahal tiada penyelesaian, mana janji PRU dulu?
March 21, 2023· Isu semasa
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Sahih dilantik Pengerusi Mara, kata Zahid sahkan lantikan Asyraf kalah PRU
March 12, 2023· Politik
Dengan sokongan UMNO, PMX yakin kerajaan akan kekal habis penggal
March 7, 2023· Politik
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
41 minit lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
56 minit lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
1 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok