Program vaksinasi mula tunjuk keberkesanan ketara lawan Covid-19

July 19, 2021 · Isu semasa

Program vaksinasi untuk mengurangkan jangkitan serius Covid-19 dalam kalangan warga emas, khususnya bagi pesakit Kategori 4 dan 5 mula menunjukkan tanda-tanda awal keberkesanannya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata data terkini pada Ahad 18 Julai 2021 oleh Hospital Sungai Buloh menunjukkan penurunan ketara kemasukan kes jangkitan serius bagi Kategori 4 dan 5 dalam kalangan warga emas bermula pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-23.

“Tren penurunan ini didapati selaras dengan permulaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Kedua yang telah dimulakan seawal bulan April 2021 dan mula menunjukkan tanda-tanda awal keberkesanannya sejak ME ke-22,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini, jumlah pemberian vaksin menerusi PICK meningkat kepada 14,347,285 dos setelah sebanyak 344,961 dos diberikan semalam.

Lima negeri merekodkan pemberian vaksin tertinggi di mana Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) mencatat angka paling tinggi sebanyak 5,093,117 dos membabitkan 3,866,419 dos suntikan pertama dan 1,226,698 dos kedua.

Ini diikuti Sarawak dengan 2,457,719 dos membabitkan 1,563,346 dos pertama dan 894,373 dos kedua; Johor (1,050,879 dos – 674,506 pertama dan 376,373 kedua); Perak (869,194 dos – 571,833 pertama dan 297,361 kedua); dan Sabah (847,036 dos – 484,377 pertama dan 362,659 kedua).

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan mempercepatkan lagi pemberian vaksin kepada orang ramai khususnya golongan dewasa dengan menyasarkan 100 peratus populasi dewasa pada Oktober 2021, setelah mengambil kira ancaman varian baharu yang merebak dengan pantas.

“100 peratus populasi dewasa di Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin pada bulan Oktober 2021,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan juga akan memastikan peningkatan kapasiti untuk mencapai kadar suntikan 500,000 dos sehari.

Untuk itu, Perdana Menteri berkata kerajaan sudah menempah lebih 76.1 juta dos vaksin, ia terdiri daripada 70 peratus jenis Pfizer, 23.4 peratus jenis Sinovac, 10 peratus Astrazaneca, 10.9 peratus CanSino dan 10 peratus daripada fasiliti Covax.

Mengenai kadar kebolehjangkitan atau RT, Dr Noor Hisham berkata sehingga Ahad nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.15 dengan Terengganu merekodkan nilai tertinggi sebanyak RT 1.27.

Negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah, Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.26), Kedah (nilai RT 1.24), Sabah (nilai RT 1.21), Selangor (nilai RT 1.17), Pulau Pinang (nilai RT 1.16), Pahang (nilai RT 1.16), Negeri Sembilan (nilai RT 1.15), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.15), Melaka (nilai RT 1.12), Perak (nilai RT 1.12), Johor (nilai RT 1.12), dan Kelantan (nilai RT 1.10).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok