Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu

February 2, 2023 · Isu semasa

Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) melantik Prof Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang baharu.

Pada Disember tahun lalu selepas berakhir Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Prof Agus pernah menolak tawaran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantunya dalam kerajaan campuran yang baharu dibentuk atas alasan sudah cukup selesa dengan kehidupan dan kerjayanya sekarang sebagai Profesor Politik di Universitas Negeri Gorontalo di Sulawesi Indonesia.

Prof Agus sebelum ini juga dalam satu wawancara pada April 2021 pernah bertanya kepada Anwar berhubung isu audio tular rakaman perbualan dengan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetapi ketika itu malu-malu untuk mengakuinya.

Dalam wawancara tersebut, Prof Agus bertanya kepada Anwar sama ada suara dalam klip audio tular tersebut adalah tulen dan mendapat liputan meluas selepas pada awalnya menafikan perbualan mesra antara cikgu dan anak murid itu.

Pengumuman lantikan Prof Agus itu diumumkan menerusi laman rasmi Facebook Jabatan Komunikasi Komuniti hari ini.

“Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YBhg. Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa 2 Februari 2023.

“Ikhlas daripada seluruh warga J-KOM,” kata hantaran Facebook tersebut.

Prof Agus sebelum ini bersara daripada menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Julai 2022.

Semasa PRU-15 lalu juga, Prof Agus dalam nota persaraannya secara terbuka menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai PM Ke-10.

Selain itu, Prof Agus juga mempertahankan penglibatannya dengan kumpulan profesor Melayu berkenaan yang secara terbuka menyokong Anwar dilantik sebagai PM melalui dokumen “Deklarasi Profesor Melayu G70” ketika kempen PRU-15 sedang berlangsung.

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
6 jam lalu· Uncategorized
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
14 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
3 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
6 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
6 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
6 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok